Thursday 12 June 2014

Nurul Nazirah Muhammad
A138416
Ijazah Sarjanamuda Kejururawatan
Tahun 3 Semester 2
2013/2014
nazirahnurul@rocketmail.com

TUGASAN ESEI BERKUMPULAN : 


TAHAP PENGGUNAAN ICT DALAM KALANGAN STAFF DI PPUKM 

video kami : Assumptions~~



video : http://www.youtube.com/watch?v=5R2cfAxd4X4 

Model Inovasi : Kotak Cilik

Untuk model inovasi, saya telah menghasilkan sebuah kotak cilik. Kotak ini senang dibawa dan menjimatkan ruang. Bentuknya kelihatan ringkas dan ranggi, dan ada empat bahagian yang berlainan.  Boleh digunakan untuk menyimpan kerongsang, dan alat tulis seperti klip kertas.

bahan-bahan :
1) kotak corn flakes
2) gam
3) gunting
4) cellotape
5)kertas warna
















Wednesday 4 June 2014

Minat,Personaliti,Kerjaya



Kecelaruan pilihan antara minat dan kerjaya memberi impak yang besar kepada pencapaian dan kesejahteraan seseorang individu.  Stress yang hadir akibat kecelaruan ini boleh dicerminkan dengan pengambilan cuti berlebihan, ponteng kerja, kurang komitmen, dan sebagainya (Carmeli & Gefan, 2004). Seseorang individu yang mana minat, kerjaya dan personaliti diri adalah tidak harmoni bakal memberi persepsi yang buruk terhadap diri, organisasi, bangsa, agama dan negara,malah kualiti sektor pekerjaan tersebut bakal  terjejas. Oleh itu , adalah penting untuk individu mengenal pasti minat masing-masing,  dan kerjaya yang sesuai dengan personaliti diri.




Antara cara-cara untuk kerjaya yang sesuai adalah dengan melakukan ujian psikometrik atau psikologi seperti ujian Vocational Preference Inventory (VPI), Self-Directed Search (SDS), dan Strong-Campbell Interest Inventory (SCII) . Penggunaan ujian-ujian ini adalah meluas dalam proses pengambilan staf dan pelajar di Amerika Syarikat. Namun di Malaysia,set instrumen yang dikenali sebagai Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI). dan Malaysian University Selection Yearly Inventory (MUnSyI) telah dibangunkan untuk disuaikan dengan latar belakang budaya Malaysia yang berasaskan nilai dan budaya tempatan. Instrumen MUnSyI ini dijalankan untuk mengenalpasti potensi calon-calon lepasan SPM dan STPM yang bakal menyambung pengajian ke universiti. instrumen ini dibangunkan untuk memperoleh maklumat berkaitan kualiti para calon meliputi minat kerjaya, personaliti, nilai integriti, dan kecerdasan emosi sebagai tambahan kepada maklumat sedia ada calon. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon yang sesuai bagi kemasukan ke pelbagai program pengajian yang ditawarkan oleh universiti di Malaysia. Ujian psikometrik yang dikenali sebagai  (MEdSI) pula  diperkenalkan pada tahun 2007 dan merupakan cadangan daripada Majlis Dekan-dekan Fakulti Pendidikan IPTA untuk melahirkan pendidik yang dedikasi serta kompeten.


Selain itu, pemilihan kerjaya yang sesuai dengan diri seseorang individu bergantung kepada personaliti diri. Walaupun  individu tersebut tidak menjalani ujian psikologi, kita sebagai manusia ada karakter dan ciri-ciri sendiri. Kenalpasti karakter dahulu sebelum memilih kerjaya. Sebagai contoh, sekiranya sukakan kanak-kanak, kerjaya seperti guru tadika dan pengasuh boleh dipertimbangkan,sekiranya sukakan haiwan, pilihlah untuk menjadi doktor haiwan atau bekerja di zoo. Pemilihan kerjaya yang sesuai dengan personaliti diri akan menjadikan kita yakin , bersemangat dan merasa mudah untuk melakukan pekerjaan tersebut. Perkara ini dapat meningkatkan potensi di tempat kerja dan memberi persepsi yang baik terhadap bidang pekerjaan. 







Seterusnya , minat yang tinggi dalam bidang pekerjaan adalah satu aspek penting untuk menjadikan kita cemerlang dalam kerjaya. Minat itu juga boleh dikenalpasti melalui  hobi. Perkara yang dilakukan oleh seseorang individu di masa lapang dengan perasaan yang gembira menunjukkan perkara itu adalah hobi contohnya minat menanam pokok. Minat dapat mendorong kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan gembira, selesa, dan penuh perhatian tanpa penat. Sekiranya minat itu beransur-ansur hilang, carilah semula minat dengan mencuba pelbagai aktiviti dan perkara baru. Sebagai contoh, dalam kerjaya jururawat, sekiranya minat bertugas di ward medikal telah pudar, carilah minat yang baru dalam persekitaran ward yang baru contohnya bertukar ke ward O&G .Ataupun cara lain seperti cari semula inspirasi sewaktu mula-mula memilih bidang kerja. Adalah tidak salah sesekali beralih angin ke persekitaran yang baru dan perbaharui niat bagi memupuk kembali semangat dan inspirasi untuk bekerja.





Akhir kata, minat dan personaliti kedua-duanya adalah sama penting bagi mencari kerjaya yang sesuai. Namun begitu, minat boleh dipupuk dan personaliti boleh berubah mengikut kepada persekitaran dan situasi.  Kenalpasti minat dan kecenderungan serta bakat yang ada dalam membuat keputusan untuk memilih kerjaya. Perancangan lanjut adalah disarankan bagi menjamin masa depan yang cerah dan cemerlang.



source : http://www.mpm.edu.my/munsyi/





Thursday 29 May 2014

10 gambar - gambar inovasi

Pelajar Australia menang besar dalam inovasi perubatan- StethoCloud .



Diusahakan oleh sekumpulan pelajar dari University Melbourne, StethoCloud merupakan satu konsep unik yang mengambil alih fungsi stetoskop dengan hanya menyambungkan ‘plug’ kepada ‘Smartphone’ atau telefon pintar di mana ia dapat digunakan oleh staff perubatan untuk mengesan penyakit pernafasan dengan lebih mudah. Beberapa pelajar telah muncul dengan idea yang baru untuk menjadikan ‘Smartphone’ berguna dalam bidang perubatan dan mereka telah mendapat wang ganjaran untuk pembuktian tersebut.
Konsep StethoCloud dijangka lebih murah daripada stetoskop komersial dan mengandungi fungsi untuk mendengar dengan lebih dekat dalam sesuatu bahagian badan, di mana informasi boleh disalurkan ke ‘cloud service’ untuk analisis, dan informasi boleh ddidapati terus daripada telefon bimbit yang sedang digunakan.  Percubaan klinikal StethoCloud dijangka akan dimulakan di The Royal Children’s Hospital, namun konsep tersebut turut mendapat tempat kedua di Microsoft’s Imagine Cup Grants Program, memenangi $75,000 dan diharapkan Stethocloud melepasi kajian dan pembangunan boleh dijadikan produk komersial yang berfungsi. Namun begitu, tarikh pelancaran masih belum dapat dikenalpasti.
http://www.gadgetguy.com.au/aussie-students-win-big-with-medical-innovation/



ViSi Mobile system mengesan tanda vital melalui telefon pintar

ViSi Mobile sistem dipakaikan ke pergelangan tangan pesakit, membolehkan doctor mengesan tanda vital melalui telefon pintar. Berbanding dengan pelbagai jenis alat monitor yang digunakan untuk mengawasi atau ‘monitoring’ keadaan pesakit, system ini sesuai untuk mengawasi keadaan pesakit lebih-lebih lagi dengan pergerakan yang banyak. Namun  lebih penting, alat monitor ini mempunyai jaringan dan membolehkan penjaga pesakit untuk mengetahui keadaan pesakit walaupun pesakit tiada di depan mata hanya dengan menggunakan aplikasi ‘smartphone’ . Mobile Monitor telah mendapat kelulusan FDA dan masih dalam percubaan di US dan UK

http://www.theverge.com/2012/12/21/3792042/visi-mobile-monitor-lets-doctors-track-condition-with-smartphone 


MobiUS SP1 i – Ultrasound pemegang tangan kini Ultra-Portable


The MobiUS SP1 ialah satu gajet yang menakjubkan dimana dengan hanya ‘plug’ ke telefon pintar anda , ia boleh berfungsi seperti mesin ultrasound yang biasa. Doctor dan staff perubatan yang lain boleh melihat imej dari alat yang boleh dipegang dari tangan tanpa perlu akses dari grid elektrik dan mesin yang berat dan besar.  Organisasi pelindungan bencana , negara dunia ketiga, jururawat triaj yang sibuk dan pesakit di kawasan terpencil boleh mendapat feaedah daripada alat diagnostic mudah alih ini.  Selepas mengimbas atau ‘scan’, imej boleh dikongsi  melalui wi-fi atau telefon yang mencapai jaringan atau dipindahkan terus ke computer. Imej itu seterusnya boleh di analisis , dihantar untuk pendapat kedua atau disimpan supaya doctor boleh mengetahui perkembangan keputusan dari masa ke semasa.


http://beatofyoung.com/2013/07/mobius-sp1-handheld-ultrasound-ultra-portable/





jrcvvbpc1 Medical Innovation @ CES 2011: Nonin Medical and Microsoft HealthVault




Minneapolis, Onyx II 9560 oximeter nadi (pulse oximeter)  keluaran Nonin Medical telah menerima pengiktirafan dari Microsoft HealthVault di mana alat ini membolehkan tanda vital pengguna dimuatnaik,disimpan dan dikongsi oleh ahli perubatan. Onyx II 9560 mengandungi fungsi Bluetooth, memory dan SmartPoint Technology untuk mengetahui spO2 dan bacaan nadi dengan tepat. ia juga bole berhubung dengan alat berteknologi canggih yang lain dan terus dimasukkan ke dalam sistem.


http://www.medgadget.com/2011/01/medical_innovation_ces_2011_nonin_medical_and_microsoft_healthvault.html



blastplg Medical Innovation @ CES 2011: Electronic Blast PLG Earplugs






Chicago-based Etymotic Research dikenali sebga earfon di dalam telinga digunakan oleh pemuzik jurutera bunyi  untuk menjaga pendengaran, mengurangkan masalah hilang pendengaran dan dengung akibat letupan, bunyi tembakan, mesin dan bunyi kuat. Direka untuk kegunaan askar tentera untuk mendengar bunyi yang lebih jelas dan untuk orang yang bekerja di tempat bising.
http://www.medgadget.com/2011/01/medical_innovation_ces_2011_electronic_blast_plg_earplugs.html


prosthetic finger, innovation, medical design, medical device design, prosthetics

Biomechanical jari prosthetic – direka daripada handel basikal yang di gunapakai. jari palsu untuk orang yang diamputasi yang boleh digunakan dengan touch screens, mengandungi fungsi mimik dengan kulit manusia dan menyalurkan haba.

http://info.speckdesign.com/blog/bid/350645/Top-5-Medical-Device-Innovations-of-2013 


Needle-Free Diabetes Care



Echo Therapeutics(Philadelphia, PA) menggantikan suntikan dengan pelekat biosensor transdermal  yang menganalisa darah daripada atas kulit. alat seakan-akan berus gigi elektrik diletakkan di atas kulit untuk menanggalkan sedikit lapisan atas kulit sebelum meletakkan pelekat. Pengesan  mengambil satu data setiap minit dan menghantar data tersebut tanpa rayar ke alat kawalan jauh dan merangsang bunyi penggera apabila gula dalam darah melebihi tahap optimal.
https://www.asme.org/engineering-topics/articles/bioengineering/top-5-medical-technology-innovations 

 Robotic Check-Ups


 InTouch Health ialah robot yang dicipta untuk menguruskan rutin wad, rekod pesakit, memeriksa pesakit dari bilik berlainan , mengambiltanda vital pesakit tanpa perlu bantuan manusia. 

https://www.asme.org/engineering-topics/articles/bioengineering/top-5-medical-technology-innovations 
camera pill for colon cancer
Pill camera provides an alternative to colonoscopy
PillCam kapsul untuk kanser usus menggantikan sedikit fungsi kolonoskopi. kamera yang boleh ditelan ini memerlukan kondisi sama seperti kolonoskop iaitu persediaan bowel : air putih dan ubat pelawas untuk memastikan kolon adalah jelas. Sekiranya masalah dikesan selepas menelan pil ini, kolonoskopi masih perlu dijalankan untuk pemeriksaan lanjut. Namun, pil ini sesuai untuk pesakit yang memilih cara konvensional dan dapat mengurangkan ketidakselesaan menggunakan kolonoskopi. Imej adalah jelas dan tiada pelali diperlukan. data kamera akan dipindahkan tanpa wayar. kapsul boleh dikeluarkan melalui air besar dan tidak semestinya perlu dipulangkan kembali.tidak direkemen untuk pesakit yang ada masalah penghadaman dan usus untuk mengelakkan dari pill tersangkut di usus dan tidak dapat dikeluarkan.

http://www.vancouversun.com/health/Pill+camera+provides+alternative+colonoscopy/8185768/story.html 

alat medikal mencegah DVT


Geko™ ialah alat bersaiz jam tangan yang dipadankan di belakang lutut dan merangsang perjalanan darah di kaki, mimik seperti kadar perjalanan darah sewaktu manusia berjalan namun pesakit tidak bergerak atau berjalan. Alat ini berfungsi dengan darah dipam oleh otot di kaki.

http://www.qmul.ac.uk/media/news/items/smd/88662.html