Wednesday 4 June 2014

Minat,Personaliti,Kerjaya



Kecelaruan pilihan antara minat dan kerjaya memberi impak yang besar kepada pencapaian dan kesejahteraan seseorang individu.  Stress yang hadir akibat kecelaruan ini boleh dicerminkan dengan pengambilan cuti berlebihan, ponteng kerja, kurang komitmen, dan sebagainya (Carmeli & Gefan, 2004). Seseorang individu yang mana minat, kerjaya dan personaliti diri adalah tidak harmoni bakal memberi persepsi yang buruk terhadap diri, organisasi, bangsa, agama dan negara,malah kualiti sektor pekerjaan tersebut bakal  terjejas. Oleh itu , adalah penting untuk individu mengenal pasti minat masing-masing,  dan kerjaya yang sesuai dengan personaliti diri.




Antara cara-cara untuk kerjaya yang sesuai adalah dengan melakukan ujian psikometrik atau psikologi seperti ujian Vocational Preference Inventory (VPI), Self-Directed Search (SDS), dan Strong-Campbell Interest Inventory (SCII) . Penggunaan ujian-ujian ini adalah meluas dalam proses pengambilan staf dan pelajar di Amerika Syarikat. Namun di Malaysia,set instrumen yang dikenali sebagai Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI). dan Malaysian University Selection Yearly Inventory (MUnSyI) telah dibangunkan untuk disuaikan dengan latar belakang budaya Malaysia yang berasaskan nilai dan budaya tempatan. Instrumen MUnSyI ini dijalankan untuk mengenalpasti potensi calon-calon lepasan SPM dan STPM yang bakal menyambung pengajian ke universiti. instrumen ini dibangunkan untuk memperoleh maklumat berkaitan kualiti para calon meliputi minat kerjaya, personaliti, nilai integriti, dan kecerdasan emosi sebagai tambahan kepada maklumat sedia ada calon. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon yang sesuai bagi kemasukan ke pelbagai program pengajian yang ditawarkan oleh universiti di Malaysia. Ujian psikometrik yang dikenali sebagai  (MEdSI) pula  diperkenalkan pada tahun 2007 dan merupakan cadangan daripada Majlis Dekan-dekan Fakulti Pendidikan IPTA untuk melahirkan pendidik yang dedikasi serta kompeten.


Selain itu, pemilihan kerjaya yang sesuai dengan diri seseorang individu bergantung kepada personaliti diri. Walaupun  individu tersebut tidak menjalani ujian psikologi, kita sebagai manusia ada karakter dan ciri-ciri sendiri. Kenalpasti karakter dahulu sebelum memilih kerjaya. Sebagai contoh, sekiranya sukakan kanak-kanak, kerjaya seperti guru tadika dan pengasuh boleh dipertimbangkan,sekiranya sukakan haiwan, pilihlah untuk menjadi doktor haiwan atau bekerja di zoo. Pemilihan kerjaya yang sesuai dengan personaliti diri akan menjadikan kita yakin , bersemangat dan merasa mudah untuk melakukan pekerjaan tersebut. Perkara ini dapat meningkatkan potensi di tempat kerja dan memberi persepsi yang baik terhadap bidang pekerjaan. 







Seterusnya , minat yang tinggi dalam bidang pekerjaan adalah satu aspek penting untuk menjadikan kita cemerlang dalam kerjaya. Minat itu juga boleh dikenalpasti melalui  hobi. Perkara yang dilakukan oleh seseorang individu di masa lapang dengan perasaan yang gembira menunjukkan perkara itu adalah hobi contohnya minat menanam pokok. Minat dapat mendorong kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan gembira, selesa, dan penuh perhatian tanpa penat. Sekiranya minat itu beransur-ansur hilang, carilah semula minat dengan mencuba pelbagai aktiviti dan perkara baru. Sebagai contoh, dalam kerjaya jururawat, sekiranya minat bertugas di ward medikal telah pudar, carilah minat yang baru dalam persekitaran ward yang baru contohnya bertukar ke ward O&G .Ataupun cara lain seperti cari semula inspirasi sewaktu mula-mula memilih bidang kerja. Adalah tidak salah sesekali beralih angin ke persekitaran yang baru dan perbaharui niat bagi memupuk kembali semangat dan inspirasi untuk bekerja.





Akhir kata, minat dan personaliti kedua-duanya adalah sama penting bagi mencari kerjaya yang sesuai. Namun begitu, minat boleh dipupuk dan personaliti boleh berubah mengikut kepada persekitaran dan situasi.  Kenalpasti minat dan kecenderungan serta bakat yang ada dalam membuat keputusan untuk memilih kerjaya. Perancangan lanjut adalah disarankan bagi menjamin masa depan yang cerah dan cemerlang.



source : http://www.mpm.edu.my/munsyi/





6 comments:

  1. Salam nazirah,
    terima kasih di atas pendapat mengenai personaliti memainkan peranan penting dalam memilih kerjaya.
    namun saya tidka bersetuju dengan pendapat ini,
    bagi saya, jika hanya ingin mencari pekerjaan yang kena dengan personaliti kita, agak berisiko, kerana, pasaran kerja pada hari ini adalah pelbagai dan sangat dinamik.
    tidak dinafikan, bekerja berdasarkan personaliti akan membantu kita untuk mewujudkan ikatan antara kita dengan kerjaya yang dilakukan, lantas akan membantu kita untuk bekerja dengan happy dan ikhlas,
    namun cuba bayangkan sekiranya kerjaya yang kononnya kita pilih berdasarkan personaliti itu tadi tidak mendapat sambutan di pasaran dan dalam masa yang sama kita juga gagal dalam mempromosikan bidang kerjaya itu,pelbagai masalah akan wujud sebagai contoh, pendapat hasil daripada kerjaya itu tiidak mampu menampung kos sara hidup yang semakin tinggi.

    konklusi yang mampu saya kongsikan adalah, setiap perkara harus diambil kira dalam membuat sesuatu keputusan, dan jangan terlalu berat sebelah pada sesuatu sebab sahaja.


    tq nazirah ..

    ATIEFAH A138265

    ReplyDelete
  2. salam persahabatan,

    Tajuk yang amat menarik untuk dikupaskan secara terus. Saya sangat bersetuju dengan Nazirah, setiap cita-cita atau kerjaya yang dipilih perlulah disulami dengan minat dan personaliti yang unggul. Tanpa minat, setiap pekerjaan akan dilakukan secara terpaksa dan tidak ikhlas. Selain itu, akan timbul perasaan cepat bosan dan pelbagai perasaan negatif jika masalah muncul.

    Selain itu, personaliti juga memberi impak yang besar kepada kerjaya yang bakal diceburi kerana personaliti yang unggul akan menjuruskan anda kepada suatu yang lebih tinggi.

    NUR HALIMAH -A138156

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..

    Topik yang sangat menarik bagi saya. Remaja mahupun dewasa dizaman sekarang mereka sekarang cenderung dalam memilih dalam pekerjaan. Antara sebab atau puncanya adalah kurang minat dan mengikut personaliti sendiri.
    Pandangan saya terhadap isu ini, adalah perlu bagi setiap individu agar tidak memilih perkerjaan pada waktu sekarang. Seperti kata pepatah 'Ambil Seberapa Peluang Yang Boleh'.
    Mengenai minat atau personaliti kita boleh pupuk apabila sudah bermulanya alam pekerjaan. Banyak faktor yang boleh kita pupuk agar minat terhadap pekerjaan masing-masing. Mungkin apabila kita bekerja di dalam situasi yang baik dan mempunyai rakan sekepala, mungkin kita dapat menyesuaikan diri dalam alam pekerjaan tersebut walaupun pada asalnya tiada minat dalam diri sendiri.

    Siti Hawa BInti Mohd Noh
    A138926

    ReplyDelete
  4. Salam saya setuju... kebanyakan antara kita memilih kerjaya bukanlah atas kehendak mereka sendiri tapi ada di antaranya atas paksaan ibu bapa memandangkan prospek kerjaya itu adalah famous dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Apa yang menyedihkan apabila kurangnya minat seseorang tersebut ke atas kerjaya mereka, maka prestasi mereka akan menyusut. dan ini akan memberi kesan kepada pengguna atau customer. macam contohnya jikalau dia tidak berminat untuk menjadi seorang doktor mahupun jururawat, maka service yang diberikan kepada pesakit mereka akan merosot dan teruk.

    NOR HAZWANI A138650

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum

    Isu yang menarik.. pada pandangan saya, minat itu amat penting dalam memilih kerjaya. Disamping itu, personaliti yang sesuai juga haruslah seiring dengan minat untuk menceburi kerjaya tersebut. tetapi minat itu kadang-kadang akan wujud kemudian selepas kita mendalami seseatu kerjaya tersebut.

    cuba kita bayangkan apa akan berlaku jika seseorang itu tidak mempunyai minat dalam melakukan pekerjaan mereka.. wujudkah keikhlasan dalam melakukan pekerjaan? keikhlasan amat penting kerana apabila kita ikhlas, pekerjaan yang dilakukan akan menjadi ibadat dan menjadi seronok..

    renung-renungkan dan selamat beramal.

    Siti Sara binti Kuseri (A138060)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Nazirah,

    Saya bersetuju dengan pendapat Nazirah. Minat dan personaliti merupakan aspek penting dalam pemilihan kerjaya. Jika seseorang itu tidak berminat untuk menceburi sesuatu bidang tersebut, sudah tentu kerja tersebut hanya dilakukan sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Akan tetapi, minat seseorang itu boleh dipupuk sedikit demi sedikit setelah dia menceburi pekerjaan tersebut .

    Ada juga dalam kalangan kita yang memilih pekerjaan mengikut kehendak ibu bapa mereka. Kadangkala pekerjaan yang orang tua mereka inginkan tidak diminati oleh anak mereka, jadi apabila mereka tidak minat, ini akan menjadikan mereka terpaksa menceburi pekerjaan tersebut. Jadi perkara ini perlu diberi perhatian supaya pemilihan kerjaya adalah berdasarkan minat dan personaliti seseorang agar kerja yang dilakukan ikhlas dan penuh rasa tanggungjawab.

    NURUL AIN AHMAD A138927

    ReplyDelete